
- x igt date, sori anak bonda -

- 19 November 2009 , 3 bulan -
susah untuk diluahkan dengan kata2.Setiap degupan jantung mu sgt2 bermakna buat ayahanda & bonda yg sabar menanti..
Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar ( Al-'Asr: Ayat 1-3 )



SELAMAT HARI RAYA UTK SUME PEMBACA BLOG SAYA..
raya tahun nie sgt2 bererti bg mas kerana thn nie adalah tahun pertama mas beraya sebagai seorang isteri..so mcm biasa lah ble dah ade 2 keluarga kena lah buat perancangan betul2..agar sume puas hati. utk tahun pertama nie pagi raya pertama beraya di N9 dan t/hari raya pertama bergerak pulang ke Johor pula...raya ke2 petang, bergerak balek ke n9 semula memandangkan perlu balek ke Pahang utk menziarahi pakcik sulong dalam keluarga mak. memandangkan aku nie dah takde atuk ngan nenek so tiapkali raya kteorang mesti kena g umah paklong. raya keempat aku setkan mase utk beraya dengan kawan2 lama aku, dah bertahun beb tak jumpa..sonok gler dapat jumpe betty dan ija. raya kelima hubby dah stat keje dan raya keenam aku lak yang gatai2 nk g keje sbb busan duk umah sorang2 hehe..erm pagi raya pertama, mcm biasalah setelah selesai suami, ayah, abg long dan abg ngah solat raya...dah smp umah kteorang akan bersalam2an..nie mmg acara wajib tiap2 tahun. so thn nie bertambah sorang lagi ahli keluarga..sape lagi kalo tak suami aku la. hehe..dimulakan acara salam dari mak smp le ke cucu terbaru..







selesai je bersalam2an...kteorang bergerak ke kg sebelah mak, untuk menziarahi kubur arwah atok, nenek, kak sedara dan makcik sedara. lepas tu kteorang pergi ke rumah kakak kepada arwah nenek aku. mmg tiap2 tahun g umah nenek yang aku panggil nenek bosar. selesai je kt kg sebelah mak, kteorang g pulak ke kg sebelah ayah aku. tmpt pertama yang kteorang akan g kt kg ayah aku adalah ke pusara atok dan pakcik sedara aku.
lepas tu baru lah kteorang g beraya ke umah kakak kepada ayah aku. sok sek sok sek..jam 1.00 ptg g2 aku dan hubby bergerak pulang ke btpht...setibanye aku di bt pahat, mak dan ayah mertua aku dah menunggu kt pintu umah. salam2 itu ini, makan2 aku rehat jap sbb penat perjalanan kan.Jam 9mlm baru la aku , hubby , mak ayah mertua dan kakak ipar aku g beraya. aku pon tak tau sgt sedara2 sebelah hubby aku, baru tahun pertama nk berkenal2an..jam 12 mlm baru la lek umah. penat gler nyeee...pagi raya ke2-jam 9.30 pagi aku, hubby dan kakak2,adk dan abg2 ipar bergerak utk g baraan(beraya beramai2)..penat gler g beraya hampir 12 umah setengah hari. penat+kenyang..huhu tp best. dalam jam 3.30 ptg aku dan hubby gerak lek ke n9 semula...raya ke-3 seperti dalam jadual keluarga..akan ke pahang. dalam jam 8 pagi kteorang gerak ke pahang. konvoi 6biji kete. best..
yg baby tu umairah namenye, kalo tgk dlm blog aku yang lepas pasai bercukur jambul tu..haaa nielah dia. dah besar le sekarang..hehe
raya ke-4 program bersama kawan2 lama (x-smkr), nie mmg raya yang paling best sbb dapat jumpe kembali 2 sahabat baek aku mase skola menengah dlu. betty dan ija. byk sgt memori ngan diorang. harap2 lepas nie kteorang tak ilang lagi la..huhu...n kalo leh kte jumpa la selalu ek. bukan takat dihari raya sahaja..huhu...pe2 pon simpan tau pic2 kte nie..